Aug 23, 2011

Ini serious okey..

Satu pagi dekat site tempat aku kerja ada seorang pakcik ni tengah tengok sticker alumni sekolah dekat cermin depan kereta aku.


Pakcik : Eh, hang pi blajaq sini ka dulu?

Aku : *muka excited* Pakcik tau ka sekolah ni? (Jarang orang tahu pasal sekolah aku)

Pakcik : Anak pakcik dulu blajaq sini la..

Aku : *muka bertambah excited* ya ka???bila?sapa nama dia?

Pakcik : Dulu. Lama dah. Lepas tu dia keluar sebab tak boleh bawak. Sekarang dia jadi nurse.

Aku : Apa nama anak pakcik???

Pakcik : Noraini.. (dengan muka selamba)

Aku : *senyum senget*







(dalam hati: sekolah aku lelaki semua kott!)

Aug 17, 2011

Horn kereta aku serupa kentut.

Lately,(ah tak sedap start ayat guna lately)
Sejak dua menjak ni,( tak sedap jugak)
Sejak kebelakangan ini (skema sangat la)
Ahh!!aku cuma nak bagitahu satu cerita ni pasal horn kereta aku yang sangatlah pemalu orangnya. Eh ni bukan orang. Sangatlah pemalu bendanya. Bunyi dia sangat sopan santun dan kadang-kadang tak bunyi langsung. Malu habis!

Satu petang selepas balik kerja, aku pun berhenti lah kat traffic light ni. Disebabkan ada dua lane,aku pun potong ke kiri sebab lane sebelah kiri kereta tak banyak. Bila dah hijau,lane sebelah kanan aku ja yang berjalan. Aku pun geram la. Tapi malu pun ada nak bunyikan horn pemalu aku ni. Tapi slumber lah.

'pet'

horn anak daraku berbunyi.tak ada respon.

'pet,pet'

Haih ni dah melampau. Aku ada 9saat ja lagi leh jalan.
Aku pun bersusah payah potong kereta tu.

SEKALI...

Kereta tu parking gi bazar depan traffic light tu la!!cis!
Selamat aku tak pasang horn lori.

Merapu

Orang selalu comment pasal cara aku menulis.

"awat hang tulih pelik ngat aih"

"style ape kau tulis ni?"

"pekehe mu tulih lagu tuh"

"why you are so damn handsome?"

ok yang last sekali aku tipu.
aku tahu tulisan aku tak cantik.
and the way aku menulis is pelik.
but tu cara aku.

if you ever asked yourself,
why am i different from others?
you actually should asked..
do i have to be like others?
life is too short to be ordinary.
be weird,
be extraordinary.

Aug 13, 2011

Mengapa Fazura tak layak untuk aku (atau ayat sebaliknya)

*gambar hiasan

Pergh panjang tajuk entry ni. Biar lah. Yang penting aku nak bagitahu kat sini, ada beberapa sebab kenapa Fazura tak layak tuk aku.


Walaupun aku minat sangat kat dia, tapi aku terpaksa jugak tolak dia

ah budget kau hero melayu terakhir

Tak ada la macam tu. tapi kalau aku couple dengan dia, nanti sure orang panggil aku adik dia.

sebab kau rendah kan?haha.pastu kau taknak dia?

Mesti la nak..siapa la yang tak nak awek hot. Tapi, anak kami nanti sure jadi warna grey. aku putih dia hitam. mana boleh bersatu.

siapa kata tak boleh. kau ni nak tak nak dekat dia ni?

Mau mau. tapi, mak aku tak suka orang Pahang. Kalau tak dah lama fazura dengan aku. Lagipun aku suka lagi diana danielle. Dia pun muda lagi.

kau budget kau hot habis kan? @#$%^& (kata-kata kesat dan basi)

Ni blog aku biar lah. la la la la..

Aug 11, 2011

5 cara skip teraweh!

Ni antara 5 cara yang pernah aku guna untuk skip dari pergi teraweh masa dekat rumah parents aku. Ya lah kalau dekat rumah sewa siapa nak marah. tunggu dapat hidayah baru nak pergi teraweh. Tapi kalau semua orang dapat hidayah, playgirl gila hidayah tu..eh ni hidayah lain rupanya.

1. Agak-agak nak dekat isyak, masuk toilet konon sakit perut. Ni alasan standard budak-budak pergi tabika perpaduan.kalau pergi tabika kemas dia kemas sikit alasan. Diorang akan makan pil chi kit teck aun bagi convincing sikit.

2. Pakai baju melayu siap-siap lepas maghrib, pastu tidur atas sejadah. Bila parents korang datang untuk kejut ke masjid, tengok korang keletihan, maka akan keluarlah ayat ni"alahai kesiannya anak aku..biarlah dia tidur"

3. Buat-buat keletihan. Muka mesti stone sepanjang buka puasa. Makan pun agak-agak la sikit jangan la banyak sangat. Semua mesti rasa secubit ja. Nanti qado la balik ye pun. Sampai waktu saja, cakap korang tak sihat.

4. Cakap nak buat teraweh kat rumah. (Ni alasan paling bapak aku takkan percaya)

5. Kalau dah malas tu, malas jugak. Cakap je lah korang malas. Nak suruh buat pahala pun sampai kena suruh. gila baloq'! (Baloq ni maksudnya pemalas tahap gaban dengan suria perkasa hitam) Ingat la, Ramadhan sekali setahun. Mega sales pun korang boleh dapat 2,3 kali setahun. Kalau kat Mydin lagi la hari-hari ada sale. So, sendiri mau ingat la.




er....mak...letih la harini..tadi kerja banyak sangat..