Jan 17, 2012

Tok aku dengan salah satu cerita hantu beliau

Malam tu,mak aku pesan macam selalu, tolong la tengok tok makan. Aku bukan tak suka tengok dia makan tapi...haish...

Begini ceritanya..
Sedang sedap-sedap makan berdua dengan tok..



Tok : Ni budak-budak dua orang ni tak nak ajak makan sekali ka?

Aku : (dia dah mula dah..)

Tok : Semalam pun mai tapi sapa pun tak bagi makan.

Aku : (pergh semalam pun dah ada sini!)

Tok : Sat lagi hg tgk la apa-apa patut bagi depa makan naa..kesian teliur tengok kita makan.

Aku : (ok enough!aku dah ketar lutut..aku blah dulu..tapi nak pergi sink jarak 10 langkah pun aku rasa baik aku tidur dengan tangan tak basuh )




Haish..aku dah cakap..kalau lah tok aku ni bukan tok aku,ataupun dia bukan orang tua, dah lama aku bagi ceramah agama..psycho woh!

Jan 16, 2012

Cerita hantu tasik biru

Disebuah kampung,tinggal seorang janda bernama Milah. Milah amatlah diminati oleh lelaki-lelaki hidung belang dan hidung penyet di kampung. Sebelum cerita ini diteruskan, dimaklumkan bahawa Milah suka makan ayam penyet. Kisah bermula pada suatu hari yang indah,sedang Milah kusyuk berfacebook dan bertweeter, datang seorang kenalan ingin meminjam sekampit beras. Milah yang amat pemurah pun meminjamkan kenalannya itu 2kampit beras. Masalahnya, Milah hanya ada 3kampit beras. Milah bercadang untuk membuat kenduri arwah lelakinya jadi beliau memerlukan sekurang-kurangnya 5kampit beras. Persoalannya disini, aku dah tersalah cerita. Aku nak cerita hantu tasik biru, ni dah tercerita "Milah dan beras-berasnya". Lain kali sajalah. Sekian. Sila beli novel aku kalau aku terbitkan nanti.




Cam bangang post ni!

Dec 14, 2011

Dalam


dalam lena kau mengigau
dalam baring kau mengumpat
dalam duduk kau menyumpah
dalam berdiri kau memaki
dalam berlari kau kentut
dalam diam kau kosong

tolong.
berhentilah merungut
dan cubalah untuk senyum
walaupun tanpa sebarang sebab

Dec 13, 2011

Confident

Bertempat di Mahkamah Sesyen Butterworth.



Makcik lengan penuh gelang emas : Adik,adik. Kat mana tempat bayar saman?

Security A : Aaaaaaa.....

Security B : Tak pa tak pa saya tahu kat mana mak cik(sampuk security B tanpa memberi kesempatan security A untuk menunjukkan bakat sebagai security)

Makcik lengan penuh gelang emas : Kat mana adik?

Security B : Mak cik pergi terus. Amik lif pergi tingkat 2.

Makcik lengan penuh gelang emas : Pastu adik?

Security B : Ada kaunter kat situ nanti,makcik tanya diorang kat mana tempat bayar saman.

Security A : Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Sep 14, 2011

Muka ketat gila!

Kadang-kadang hairan dengan perangai orang ni. Muka nak ketat ja. Tak kira la kau tu bos kedai emas Teik Kua ka, kau tokei kilang proses putu mayam ka, kau cashier Kedai Makan Senandung Sayang ka, yang kau nak muka ketat tu kenapa?perlukah?

Ada satu kes ni jadi dekat aku. Waktu tu, aku tengah tengok-tengok workers aku bersih jalan sebab malam sebelumnya hujan kuat. So lumpur pun banyak la. Dekat seberang jalan ada geng-geng MPSP tengah pakai waterjet tengah bersih jalan juga. Kami ni tolong bersih saja. Tak tercatat pun skop-skop kerja workers-workers kesayangan aku untuk cuci jalan. Saja nak cepat habis kerja, aku pun pergi la nak sembang mana tau MPSP boleh tolong.


Aku : Abang, nanti sebelah sini abang cuci sekali tak? (buat muka comel)

Abang muka ketat : TAKDAK, TAKDAK. KAMI CUCI SEBELAH SINI JA (muka pandang tempat lain sambil jeling-jeling)

Aku : Oo..Awat sebelah sana saja?Ada dapat complaint ka sebelah sana?

Abang muka ketat : DAK AIH. MAMPUIH LA KALAU IKUT COMPLAINT. SEHARI KERJA PUN TAK SIAP.

Aku : Habis tu macam mana nak tau kawasan mana yang nak kerja cuci?

Abang muka ketat : IKUT ADUAN LA. ADA ADUAN BARU KAMI CUCI(muka masih lagi ketat)

Aku : .................................


Nak gelak pun ada nak nangis pun ada.Orang bangang muka ketat macam ni pun ada lagi kat Malaysia ni.

Selang 10minit, bos MPSP datang. Jumpa aku terus salam siap senyum.Sempat sembang sikit-sikit.

Selang 15minit. Kelibat abang muka ketat and the geng tengah cuci tempat workers aku cuci jalan tadi.






moral of the story : belilah waterjet!

Aug 23, 2011

Ini serious okey..

Satu pagi dekat site tempat aku kerja ada seorang pakcik ni tengah tengok sticker alumni sekolah dekat cermin depan kereta aku.


Pakcik : Eh, hang pi blajaq sini ka dulu?

Aku : *muka excited* Pakcik tau ka sekolah ni? (Jarang orang tahu pasal sekolah aku)

Pakcik : Anak pakcik dulu blajaq sini la..

Aku : *muka bertambah excited* ya ka???bila?sapa nama dia?

Pakcik : Dulu. Lama dah. Lepas tu dia keluar sebab tak boleh bawak. Sekarang dia jadi nurse.

Aku : Apa nama anak pakcik???

Pakcik : Noraini.. (dengan muka selamba)

Aku : *senyum senget*







(dalam hati: sekolah aku lelaki semua kott!)

Aug 17, 2011

Horn kereta aku serupa kentut.

Lately,(ah tak sedap start ayat guna lately)
Sejak dua menjak ni,( tak sedap jugak)
Sejak kebelakangan ini (skema sangat la)
Ahh!!aku cuma nak bagitahu satu cerita ni pasal horn kereta aku yang sangatlah pemalu orangnya. Eh ni bukan orang. Sangatlah pemalu bendanya. Bunyi dia sangat sopan santun dan kadang-kadang tak bunyi langsung. Malu habis!

Satu petang selepas balik kerja, aku pun berhenti lah kat traffic light ni. Disebabkan ada dua lane,aku pun potong ke kiri sebab lane sebelah kiri kereta tak banyak. Bila dah hijau,lane sebelah kanan aku ja yang berjalan. Aku pun geram la. Tapi malu pun ada nak bunyikan horn pemalu aku ni. Tapi slumber lah.

'pet'

horn anak daraku berbunyi.tak ada respon.

'pet,pet'

Haih ni dah melampau. Aku ada 9saat ja lagi leh jalan.
Aku pun bersusah payah potong kereta tu.

SEKALI...

Kereta tu parking gi bazar depan traffic light tu la!!cis!
Selamat aku tak pasang horn lori.

Merapu

Orang selalu comment pasal cara aku menulis.

"awat hang tulih pelik ngat aih"

"style ape kau tulis ni?"

"pekehe mu tulih lagu tuh"

"why you are so damn handsome?"

ok yang last sekali aku tipu.
aku tahu tulisan aku tak cantik.
and the way aku menulis is pelik.
but tu cara aku.

if you ever asked yourself,
why am i different from others?
you actually should asked..
do i have to be like others?
life is too short to be ordinary.
be weird,
be extraordinary.

Aug 13, 2011

Mengapa Fazura tak layak untuk aku (atau ayat sebaliknya)

*gambar hiasan

Pergh panjang tajuk entry ni. Biar lah. Yang penting aku nak bagitahu kat sini, ada beberapa sebab kenapa Fazura tak layak tuk aku.


Walaupun aku minat sangat kat dia, tapi aku terpaksa jugak tolak dia

ah budget kau hero melayu terakhir

Tak ada la macam tu. tapi kalau aku couple dengan dia, nanti sure orang panggil aku adik dia.

sebab kau rendah kan?haha.pastu kau taknak dia?

Mesti la nak..siapa la yang tak nak awek hot. Tapi, anak kami nanti sure jadi warna grey. aku putih dia hitam. mana boleh bersatu.

siapa kata tak boleh. kau ni nak tak nak dekat dia ni?

Mau mau. tapi, mak aku tak suka orang Pahang. Kalau tak dah lama fazura dengan aku. Lagipun aku suka lagi diana danielle. Dia pun muda lagi.

kau budget kau hot habis kan? @#$%^& (kata-kata kesat dan basi)

Ni blog aku biar lah. la la la la..

Aug 11, 2011

5 cara skip teraweh!

Ni antara 5 cara yang pernah aku guna untuk skip dari pergi teraweh masa dekat rumah parents aku. Ya lah kalau dekat rumah sewa siapa nak marah. tunggu dapat hidayah baru nak pergi teraweh. Tapi kalau semua orang dapat hidayah, playgirl gila hidayah tu..eh ni hidayah lain rupanya.

1. Agak-agak nak dekat isyak, masuk toilet konon sakit perut. Ni alasan standard budak-budak pergi tabika perpaduan.kalau pergi tabika kemas dia kemas sikit alasan. Diorang akan makan pil chi kit teck aun bagi convincing sikit.

2. Pakai baju melayu siap-siap lepas maghrib, pastu tidur atas sejadah. Bila parents korang datang untuk kejut ke masjid, tengok korang keletihan, maka akan keluarlah ayat ni"alahai kesiannya anak aku..biarlah dia tidur"

3. Buat-buat keletihan. Muka mesti stone sepanjang buka puasa. Makan pun agak-agak la sikit jangan la banyak sangat. Semua mesti rasa secubit ja. Nanti qado la balik ye pun. Sampai waktu saja, cakap korang tak sihat.

4. Cakap nak buat teraweh kat rumah. (Ni alasan paling bapak aku takkan percaya)

5. Kalau dah malas tu, malas jugak. Cakap je lah korang malas. Nak suruh buat pahala pun sampai kena suruh. gila baloq'! (Baloq ni maksudnya pemalas tahap gaban dengan suria perkasa hitam) Ingat la, Ramadhan sekali setahun. Mega sales pun korang boleh dapat 2,3 kali setahun. Kalau kat Mydin lagi la hari-hari ada sale. So, sendiri mau ingat la.




er....mak...letih la harini..tadi kerja banyak sangat..