Jan 17, 2012

Tok aku dengan salah satu cerita hantu beliau

Malam tu,mak aku pesan macam selalu, tolong la tengok tok makan. Aku bukan tak suka tengok dia makan tapi...haish...

Begini ceritanya..
Sedang sedap-sedap makan berdua dengan tok..



Tok : Ni budak-budak dua orang ni tak nak ajak makan sekali ka?

Aku : (dia dah mula dah..)

Tok : Semalam pun mai tapi sapa pun tak bagi makan.

Aku : (pergh semalam pun dah ada sini!)

Tok : Sat lagi hg tgk la apa-apa patut bagi depa makan naa..kesian teliur tengok kita makan.

Aku : (ok enough!aku dah ketar lutut..aku blah dulu..tapi nak pergi sink jarak 10 langkah pun aku rasa baik aku tidur dengan tangan tak basuh )




Haish..aku dah cakap..kalau lah tok aku ni bukan tok aku,ataupun dia bukan orang tua, dah lama aku bagi ceramah agama..psycho woh!

Jan 16, 2012

Cerita hantu tasik biru

Disebuah kampung,tinggal seorang janda bernama Milah. Milah amatlah diminati oleh lelaki-lelaki hidung belang dan hidung penyet di kampung. Sebelum cerita ini diteruskan, dimaklumkan bahawa Milah suka makan ayam penyet. Kisah bermula pada suatu hari yang indah,sedang Milah kusyuk berfacebook dan bertweeter, datang seorang kenalan ingin meminjam sekampit beras. Milah yang amat pemurah pun meminjamkan kenalannya itu 2kampit beras. Masalahnya, Milah hanya ada 3kampit beras. Milah bercadang untuk membuat kenduri arwah lelakinya jadi beliau memerlukan sekurang-kurangnya 5kampit beras. Persoalannya disini, aku dah tersalah cerita. Aku nak cerita hantu tasik biru, ni dah tercerita "Milah dan beras-berasnya". Lain kali sajalah. Sekian. Sila beli novel aku kalau aku terbitkan nanti.




Cam bangang post ni!