Feb 26, 2009

kN - desperate letter?

rumah amat tersemak sekali (BM failed ni!)
tingkat 3
pusat komersil seksyen 7
shah alam


kehadapan abg saya yang sangat baik hati yang sedang curi-curi bukak internet sewaktu bekerja (abg saya tiada internet connection dirumah apatah lagi di dalam kereta) di harap abg sedang sihat (woi bos datang tutup2 cpt!!owh terlupa..bos abg saya masih muda orangnya..mungkin bosnya pun sedang blogging..cet!)

abang yang dirindui..
tujuan saya melakarkan pena di dada lembaran ini (ayat 'melakarkan pena' ni saya asyik guna dari darjah 6..takde ayat lain ker?lantak la ini blog saya!) adalah untuk bertanya khabar abg di sana(sebelum ni tak pernah pulak tanye khabar?ah persoalan ini akan terjawab..bagi la saya 'intro-intro' dulu...)

abang yang handsome lagi kacak.. (sape yang tak suka ayat mengampu begini sila muntah sekarang)
sudah lama kita tidak bertemu(padahal baru 3minggu lepas jumpa)..sejak transporter 3 keluar di pawagam sampailah street fighter mula ditayangkan hari ini (sape nak pegi tengok sila belanja saya!please..saya merayu)..untuk pengetahuan abg,saya ada mengupload gmbr sewaktu kita kecil dahulu..ini gambarnya..
Lokasi : Zoo Negara
Perasaan : Best gila! (dulu lah,sekarang zoo negara sumpah merapu)
Komen : abg tampak bergaya berbanding saya yang kelihatan seperti anak bangla
ah jam dinding pemberianmu sudah menunjukkan jam 4..saya amat mengantuk..tujuan saya menarikan jari saya di permukaan keyboard di pagi-pagi buta ini sebenarnya adalah untuk meminjam sedikit wang dari anda..duit saku saya pemberian ayahanda sudah berkurangan.
Sekian..
(tiada lagi ayat mengampu sebab tujuan sebenar sudah diketahui + malu ar mintak duit cara begini..walapaun ini mungkin cara yang ke 14 dalam senarai cara-cara meminta duit saku tapi dalam keadaan gawat begini,this is the best option,i think so la..kalau tak betul ke ape ke kite cakap esok atau lusa lah ya..saya sudah mengantuk ni)

12 comments:

Izyan Izzaty said...

hahah!!tak senunuh!!!!

CACHA said...

*tolong jawapkan bg pihak abg.

kehadapan adik bangla ku,

sebenarnya, sedang abang mahu menekan butang punat 'call' dihenfon abg, terbacalah abg entry kamu ini dulu.

kamu sepeti tahu-tahu sumbat shj bahwa abg sememangnya mahu mencari dirimu.(ewah)

tapi, sungguh terbantut keinginan abg pabila melihat kamu ingin meminta sedikit wang saku dari abg. kerna..sebenarnya..

abg yang mahu sedikit sumbangan ikhlas dari kamu..

p/s.zaman gawat ni dik. mkn pun sambal telur je ari2. ;P

kN said...

izzy : anda nak tolong pinjamkan duit atau belanja saya wayang?

caca : anda menghampakan saya..tetapi anda lebih bertuah kerana dapat makan sambal telur..saya telur goreng sebijik pun dibahagi 8 org roomate..

Anonymous said...

oits!...aku ingat pasal aper la gambaq aku kena tayang..duit rupenyer...bolehhhhh...nak berapa? 5k?10k?beribu2 pon boleh.later go and check your CIMB account..already deposited!hehehe...enjoy!

kN said...

kN to kN : haha..ive told u frens..i av a really concerned brother!hehe thx abg!

syazana shahar said...

nak jeles ka tamau?
tamau lah.
sebab wang saku saya juga dari kakak terchenta dan bakal abg iparku syg! walo pon hanya 50 hengget seorang.
amatlah bermakna bagi saya.
trima kasih tak terhingga saya ucapkan!!
[sebab abang saya tak macam abang kamu.] -.-'

kN said...

syazana : abg iparmu terchenta?seperti saya kenal lelaki handsome lagi baik hati itu...tidak mengapa..kamu masih punya kakak dan abg ipar yang boleh membantumu..cakap je nak brape..haha

Izyan Izzaty said...

TO THE OLDER KN.

do u by any chance u want another adik????

vidadarisakura said...

cakap dgn abg..
kakak single~



lalala

kN said...

izzyzat : by brother said "cukup la dengan yang ada pn tak terlayang"..hahaha..

vidadarisakura : single?mai kat adik lah..boleh?hee..

Anonymous said...

mai kat adek la bley??
nakmati ka???!!!

kN said...

hahaha..seperti knal anonymous ini..